I'm your Lady
Home About Shop for sweet tooth Twitter SHAKLEE Dash

owner


" Hello there, I am Hafiza Ismail and welcome to my blog. Where I share my experiences on my personal life and all sorts of stuff. Hope to see you around! "

Shaklee Member


" Jika anda ingin walk in sendiri membeli menggunakan ID SHAKLEE saya, sila email hafizais31@gmail.com. Dan saya akan guide jadual makan yang betul. "

followers

tagboard


Daisypath Happy Birthday tickers
tabung kahwin

Blog Archieve


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.
SEOUL GARDEN !
Thursday, 10 April 2014 • 23:54 • 1 comments



Assalamualaikum kawan2...

haiii, dah lama fiza menyepi kan. fiza ada final exam. alhamdulillah, semalam last paper. end of episod in Diploma in Accounting. sedihh, kena berpisah dengan groupmate,classmates,roomates. haish! tapi itulah
kan adat kehidupan kita. akan terpisah jugak. nanti pasal cerita diploma ni fiza sambung next entry ek !
fiza nak cerita pasal SEOUL GARDEN dulu.

After paper maf (costing) fiza dengan kawan pergi lepaskan stress."macam la banyak stress nya" tehee~.
kitorang pergi KB (kota bharu).sebab ada kb mall kat situ.Seoul garden baru bukak kat situ.
kitorang pun saja je la nak try. Seriously ! seoul garden kat KB sangat TIPTOP !!. diorang punya pekerja sangat baik and nice. rasa macam makan kat rumah sendiri tau !

jom layan gambar2 ni dulu :), nanti fiza cerita detail lagi,



masuk2 je kedai, fiza dengan member terus serbu nak ambik
makanan. hahah, kelakar pun ada, macam gelojoh 
semacam je, sampai 4 mangkuk kimchi kitorang kaut.
last2 semua terkulat2 nak habiskan kimchi tu.
bagi fiza, kimchi tu rasa dia so-so je..
tapi tak tahu la tekak engkorang kan.


kedai dia sangat bersih !!, kita jalan dia mop kita jalan sikit
dia mop. mana lantai tu tak bersih kan.
bagus2 ! heheh.



Sesapa yang nak tunjuk skill memasak. ha boleh la try. jangan 
kat sini pun malas, everythings dia dah siapkan. kita just hambik,kaut,humban
dalam tempat grill tu.hikhik.
so untuk soup, kitorang decided nak ambik tomyam.
charge RM4.tapi lepas tomyam korang habis
nak tukar soup flavour lain, dipersilakan, no charge at all.
bestkan. soup dia ada tomyam,ayam dengan ginseng.

  
syira.

  
 naa dengan kak mas


Sos dia ada pelbagai jenis. naik juling mata tengok banyak nau sos nya,
nak senaraikan, iolss lupa pulak nama apa sos diorang.heheh


Memacam jenis sayur kitorang letak ada terung,
cendawan,brokoli. seafood dia, udang besar2.
memang berbaloi-baloi.tapi paling best untuk meat, ayam black pepper.
3 kali angkut kot! heheh, kalau nak makan nasi goreng 
pun ada, mee goreng, fries,nugget.Mee dia 
pulak memacam jenis mee ada, mee gulung, mee
lurus. segala macam Mee ada haa. Korang 
just datang NGAP je.. 


ni kawan fiza, yang wrna pink naa, dia pun ada blog jugak,
ni blog dia naa. heheh, yang tudung oren berkilau2 penuh
batu permata tu, billah. dia jadi driver kitorang untuk haritu.
heheh, thanks,


  lepas dah makan benda panas2 tu semua,korang boleh
sejukkan perut engkorang dengan aiskrim dengan
ABC. kita buat sendiri tau,
so, suka hati kita nak letak banyak mana.
nak letak apa. No limit.
tapi no limit pun kita JANGAN membazir, amalan
syaitan tu.


Syira, kak mas, billah
and fiza :)
saja tunjuk skill guna chopstick.
heheh, padahal x reti pun.


Dorang punya pekerja sangatlah sporting giler!!
tiap masa tanya kitorang okay ke tak.
kelakor pun ada.
kedai dia sangat luas + bersih + cantik.


Ha korang tengok kitorang melantak sampai licin semua.
tak lah licin mana. tapi habislah jugak.kimchi tu je tekak x boleh masuk
dah.huhuh. oh lupa nak bagitau
air korang boleh refill sesuka hati.
tapi jangan membazir tau.



Untuk student korang akan dapat diskaun student. jangan lupa
bawak sekali matrik kad,kad siswa ek.
tapi berapa % fiza pun x tahu.
tapi kitorang haritu per head RM30+tax.
okay sangat la tu. sebab kita boleh makan sesuka hati.
tapi, make sure datang time perut tengah kosong.
Baru berbaloi. :D


Lepas dah kenyang, kitorang pergi solat kejap
then kitorang decided nak main bowling.
haa.kau ado main bowling pakai baju kurung, jubah bagai
nasib x tergolek je tau.hehehe




juara dengan naib juara :)
fuyooooo..
heheh, boleh wakil negara ni



semua orang tengok kitorang, pelik kot kitorang main 
bowling pakai baju kurung.
hehehe



then, kitorang balik dengan cerianya.




thanks korang untuk haritu, sayang korang sampai
bila2, degree nanti kita jumpa lagi yea :D
okaylah korang, nak rehat, kejap lagi nak angkat barang
nak balik rumah ! yipppiiii..
happy holiday. :)

Labels: , , , ,



Red velvet cookies
Thursday, 6 February 2014 • 04:47 • 0 comments





Assalamualaikum.....



 hai hai hai.. penatnya la oii, alhamdulillah baru lepas test ent dan gigih update belog ni haa!. 
tapi sekarang ada assignment baru iaitu kena buat case study 3 untuk subject account.
tabahkan lah hati untuk terus bertahan, alamak aii, macam kena
apa je kan. heheh. okay actually fiza nak cerita haritu waktu cuti CNY
fiza ada balik rumah. fiza ni bila balik rumah mulalah aktiviti baking2 ni. Ha !
nak dijadikan cerita semua bahan nak buat red velvet cookies ada kat rumah so fiza 
pun buatlah cookies ni. senang je !! dan sedap. tak rugi cuba.


meh kita tengok red velvet cookies ni :D


Bahan-bahan :

A
1 cawan mentega
1 cawan gula perang
 pewarna merah
1 sdk garam
1 sdk esen vanila
1 biji telur
1 sdb lemon juice/cuka makan

B
2 cawan tepung gandum*
( fiza guna tepung buat kek tu )
2 sdb serbuk coklat
1 sdk serbuk soda bikarbonat*
white coklat chip
badam ( optional )



Cara - cara :

- firstly, putar mentega, gula perang sampai kembang then campurkan telur,
esen vanila dan pewarna merah, perahan lemon dan garam. mixedkan sampai semua
adunan tu menjadi sebati yea anak2 :p.
- then, dalam bekas lain, campurkan tepung gandum dan serbuk koko, soda
bikarbonat sampai sebati yea.
- after that, masukkan bahan kering iaitu tepung kita tadi
kedalam adunan yang telah di mixed kan.masukkan
sedikit demi sedikit tau.
- adunan tadi dia tak keras tak cair, nice2 je orang kata, kita boleh
masukkan badam dan white choc chip.
- sebatikan semua bahan2 tersebut, dan kita bolehlah start bulat adunan tadi
jadi bebola kecik2. tak perlu tekan adunan
 sebab nanti dia akan leper sendiri dalam oven tu. boleh
letakkan white chop chip atas adunan tu yea. (nak bg cantik)
- bakar cookies ni dalam oven suhu 160C or ikut atas oven masing2
then bakar dalam masa 10-15 minit. tapi tengoklah
jugak, kalau rasa dah masak boleh keluarkan,
 takut hangit pulak :).


outputnya :



cantikkan colour dia, merah gitu ..  ala-ala red carpet warna dia. heee~


fiza tambahkan white chocolate chip, memang tambah ummphh !. ranggup diluar
lembut didalam macam marshmallow. serius !!



# rugi tak buat banyak, kalau tak boleh bawak balik machang ni.heheh. okaylah
 semoga resepi ini bermanfaat kepada semua. peace yoo



Labels: , ,