|
owner
![]() " Hello there, I am Hafiza Ismail and welcome to my blog. Where I share my experiences on my personal life and all sorts of stuff. Hope to see you around! " Shaklee Member ![]() " Jika anda ingin walk in sendiri membeli menggunakan ID SHAKLEE saya, sila email hafizais31@gmail.com. Dan saya akan guide jadual makan yang betul. " followers tagboard ![]() tabung kahwin Blog Archieve Credits
| 3 TAHUN in D.I.A
Assalamualaikum...
haiii, haritu fiza dah janji nak cerita last day fiza kat uitm Machang kan. tehee~ meh kita sambung.
fiza ambik kos accountancy kat sana, so basically standard la kan diploma 3 tahun. best, seronok, bahagia jumpa dengan diorang semua. sedih ? of course la kan. tapi biasalah, bila berjumpa adalah perpisahan tu.
gambar ni diambik masa kitorang last paper haritu.
SAYANG korang sangat2 ! ceewah.
tapi ni tak semua classmates, ada yang dah balik,
papepun, thanks korang untuk 3 tahun ni, halalkan segala
ilmu,makanan,gurau2 terlampau.
ada rezeki kita jumpa time degree nanti :D
Assalamualaikum.
Labels: 2014, 3 tahun, Diploma, dreamer, love, sahabat SEOUL GARDEN !
Assalamualaikum kawan2...
haiii, dah lama fiza menyepi kan. fiza ada final exam. alhamdulillah, semalam last paper. end of episod in Diploma in Accounting. sedihh, kena berpisah dengan groupmate,classmates,roomates. haish! tapi itulah
kan adat kehidupan kita. akan terpisah jugak. nanti pasal cerita diploma ni fiza sambung next entry ek !
fiza nak cerita pasal SEOUL GARDEN dulu.
After paper maf (costing) fiza dengan kawan pergi lepaskan stress."macam la banyak stress nya" tehee~.
kitorang pergi KB (kota bharu).sebab ada kb mall kat situ.Seoul garden baru bukak kat situ.
kitorang pun saja je la nak try. Seriously ! seoul garden kat KB sangat TIPTOP !!. diorang punya pekerja sangat baik and nice. rasa macam makan kat rumah sendiri tau !
jom layan gambar2 ni dulu :), nanti fiza cerita detail lagi,
masuk2 je kedai, fiza dengan member terus serbu nak ambik
makanan. hahah, kelakar pun ada, macam gelojoh
semacam je, sampai 4 mangkuk kimchi kitorang kaut.
last2 semua terkulat2 nak habiskan kimchi tu.
bagi fiza, kimchi tu rasa dia so-so je..
tapi tak tahu la tekak engkorang kan.
kedai dia sangat bersih !!, kita jalan dia mop kita jalan sikit
dia mop. mana lantai tu tak bersih kan.
bagus2 ! heheh.
Sesapa yang nak tunjuk skill memasak. ha boleh la try. jangan
kat sini pun malas, everythings dia dah siapkan. kita just hambik,kaut,humban
dalam tempat grill tu.hikhik.
so untuk soup, kitorang decided nak ambik tomyam.
charge RM4.tapi lepas tomyam korang habis
nak tukar soup flavour lain, dipersilakan, no charge at all.
bestkan. soup dia ada tomyam,ayam dengan ginseng.
syira.
naa dengan kak mas
Sos dia ada pelbagai jenis. naik juling mata tengok banyak nau sos nya,
nak senaraikan, iolss lupa pulak nama apa sos diorang.heheh
Memacam jenis sayur kitorang letak ada terung,
cendawan,brokoli. seafood dia, udang besar2.
memang berbaloi-baloi.tapi paling best untuk meat, ayam black pepper.
3 kali angkut kot! heheh, kalau nak makan nasi goreng
pun ada, mee goreng, fries,nugget.Mee dia
pulak memacam jenis mee ada, mee gulung, mee
lurus. segala macam Mee ada haa. Korang
just datang NGAP je..
ni kawan fiza, yang wrna pink naa, dia pun ada blog jugak,
ni blog dia naa. heheh, yang tudung oren berkilau2 penuh
batu permata tu, billah. dia jadi driver kitorang untuk haritu.
heheh, thanks,
lepas dah makan benda panas2 tu semua,korang boleh
sejukkan perut engkorang dengan aiskrim dengan
ABC. kita buat sendiri tau,
so, suka hati kita nak letak banyak mana.
nak letak apa. No limit.
tapi no limit pun kita JANGAN membazir, amalan
syaitan tu.
Syira, kak mas, billah
and fiza :)
saja tunjuk skill guna chopstick.
heheh, padahal x reti pun.
Dorang punya pekerja sangatlah sporting giler!!
tiap masa tanya kitorang okay ke tak.
kelakor pun ada.
kedai dia sangat luas + bersih + cantik.
Ha korang tengok kitorang melantak sampai licin semua.
tak lah licin mana. tapi habislah jugak.kimchi tu je tekak x boleh masuk
dah.huhuh. oh lupa nak bagitau
air korang boleh refill sesuka hati.
tapi jangan membazir tau.
Untuk student korang akan dapat diskaun student. jangan lupa
bawak sekali matrik kad,kad siswa ek.
tapi berapa % fiza pun x tahu.
tapi kitorang haritu per head RM30+tax.
okay sangat la tu. sebab kita boleh makan sesuka hati.
tapi, make sure datang time perut tengah kosong.
Baru berbaloi. :D
Lepas dah kenyang, kitorang pergi solat kejap
then kitorang decided nak main bowling.
haa.kau ado main bowling pakai baju kurung, jubah bagai
nasib x tergolek je tau.hehehe
juara dengan naib juara :)
fuyooooo..
heheh, boleh wakil negara ni
semua orang tengok kitorang, pelik kot kitorang main
bowling pakai baju kurung.
hehehe
then, kitorang balik dengan cerianya.
thanks korang untuk haritu, sayang korang sampai
bila2, degree nanti kita jumpa lagi yea :D
okaylah korang, nak rehat, kejap lagi nak angkat barang
nak balik rumah ! yipppiiii..
happy holiday. :)
Labels: 2014, 3 tahun, delicious, love, makanmakan EXAM FEVER !!
Assalamualaikum..
Final exam for final year is around the corner.
so jom study !! heheh.
doakan Fiza berjaya tau.
harap2 boleh dean list sem ni.
in sya Allah.
good luck jugak kat kengkawan2
yang akan hadap final exam.
papepun, jangan lupa berDOA tau.
doa tu senjata mukmin.
buat masa ni jgn berserah dulu, usaha dulu,
then lepas tu baru tawakal, berserah yea kawan2,
peringatan ni untuk fiza jugak.
semoga kita menjadi muslim yang serba serbi hebat.
in sya Allah.
assalamualaikum. :)
Labels: 2014, 3 tahun, Diploma MALAM PRA GRADUAN UITM MACHANG
Assalamualaikum.
Ni cerita semalam. malas nak cerita panjang.
Jom layannnzzz..
Ni menu kitorang semalam,
pada pendapat fiza menu yang menepati
selera fiza yang 'chicken with beancurd soup,
deep-fried boneless chicken with lemon sauce, and
deep-fried dory fillet with sweet & sour souce.
memang sedap tahap tak hengat,
tapi iolls malu nak tambah
bebanyak kali!
hehehe
classmates fiza, gegirls, semua cun cantik !
hahah, budak lelaki ada jugak
tapi 2 org je.
Menyabarkan diri tunggu VIP datang
dengan snap2 pic.
Budak2 course account uitm machang.
heheh. ni senior2 ni, last semester
semua. doakan kami berjaya.final dah
dekat ni :).
Rektor baru kitorang, :D, Dato' rektor
ni bagus, selalu turun padang.
bergambar bersama pelajar terbaik
diploma keseluruhan, hebat kan. !!
ni roomates, classmates, makan2 mate.
hahaha
Ni kira macam geng fiza la ni, pergi kelas sekali,buat assgmnt
sekali,gaduh2 sekali. heheh, sayang korang !!!
hope korang enjoy tengok gambar2 ni semua, sorry atas kekurangan.
kualiti gambar yang tidak seberapa.
tak ada benda sangat nak cerita, biar gambar yang berbicara.
gituuu!! hahah.
akhir kalam, jangan berhenti BERDOA, sesungguhnya Allah
itu maha mendengar.
assalamualaikum semua..
Labels: 2014, 3 tahun, love, sahabat |